Tuesday, September 1, 2009

Selamat Berpuasa Bagi Semua Pelajar Muslim

Cikgu berbesar hati melihat ramai dari kamu yang telah terus berpuasa. Walaupun ada pelajaran PE, Fitness Friday juga CCA/CCP kamu telah dapat meneruskan puasa kamu. Syabas!Bagi mereka yang masih mencuba, teruskan usaha kamu.

Selain dari itu TERIMAKASIH kepada semua kad hari guru dan hadiah-hadiah yang kamu semua berikan kepada cikgu. Hadiah yang amat berharga kepada saya ialah kejayaan kamu semua...

Di sini cikgu muat naikkan beberapa gambar aktiviti yang telah kita lakukan pada penggal 3.

Cuti penggal ini saya harap semua pelajar terus melakukan ulangkaji dan jangan leka kerana penggal 4 kita akan menghadapi peperiksaan akhir tahun yang akan menentukan kedudukan kamu pada tahun 2010...

Berikan komen kamu akan apakah rancangan kamu untuk cuti penggal 3 ini...

Salam sayang
Cikgu Shikin
AKTIVITI PENGGAL 3