Thursday, January 28, 2010

Bahan Sastera Pelbagai Budaya: NHSB (ML)

Pelajar yang cikgu kasihi,

Di sini adalah bahan video yang mengisahkan cerita pahlawan Melayu Hang Tuah. Silalah nikmati video ini sebelum kita membincangkannya di dalam kelas.. T Kasih :)

Video Hang Tuah Lima Bersaudara

P5 : Pelajaran Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Hi pelajar P5;
Di sini ada latihan kata nama am dan kata nama khas yang cikgu ingin kamu lakukan. Sila dengar bacaan petikan dari video ini dan catitkan kata nama am yang dapat kamu kenal pasti. Bagi video kedua, kamu boleh mengecam pasti kata nama am dan juga kata nama khas yang terkandung melalui lirik lagu bas nombor 13.
Sila 'post' kan jawaban kamu nanti.Selamat belajar...

1)Video Kata Nama Am



2) Musik Video (Bas nombor 13) Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Sunday, January 24, 2010

Selamat Kembali ke sekolah

Salam sayang pelajar P1 dan P5,

Cikgu amat gembira dapat mengenali semua pelajar cikgu tahun ini, terutama pelajar P1yang sungguh comel dan senantiasa gembira selalu.

Untuk tahun ini kita akan terus mengikuti pelajaran yang merangkumi pelajaran maya yang akan membuat pembelajaran bahasa Melayu menjadi lebih menarik. Bagi pelajar P5, cikgu ingin kamu menulis pandangan kamu melalui lelaman blog ini setiap minggu. Bagi minggu ini, sila :
Nyatakan apakah unsur bahasa yang telah kamu pelajari selama tempoh 4 minggu ini
Cikgu menanti komen kamu :)