Wednesday, April 7, 2010

Wayang Kulit@ EDP...

Hi Semua... Hari ini kita bertuah kerana kumpulan Dzaki, Rashdan, Alif, Kelly dan Nerin telah menyiapkan cerita yang amat menarik buat tontonan kita tadi di kelas. Mereka telah melakonkan cerita mitos Cina, 'Kuafu Mengejar Matahari'. Projek Sastera Pelbagai Budaya (SPB) kita untuk penggal dua ialah mengenai sastera Cina. Kali ini cikgu telah memberi kamu semua satu cabaran iaitu menggunakan teks sastera Cina dan persembahkannya dalam bentuk wayang kulit. Kamu telah berjaya melakukan projek ini dengan jayanya!!! Saya lihat bagaimana kamu bekerjasama dan mencari maklumat menerusi Internet untuk mendapatkan bahan untuk cerita juga musik yang sesuai mengikut konteks cerita yang hendak kamu sampaikan.. Syabas!

Minggu hadapan apa kata kamu sekiranya kita menjemput pelajar P2 untuk menonton WayangKulit@EDP? Hmmm...cuba fikirkan...

Selamat menonton hasil kerja kamu...Syabas!

Link untuk mendapatkan teks sastera cina dalam bahasa Inggeris:
http://www.colours-of-the-rainbow.com/chinese-myths.html


Link untuk menonton cerita Kuafu;
http://kid.chinese.cn/en/article/2010-01/15/content_102346.htm