Selesai sudah unit 4: Sihatnya Keluargaku. Acara kemuncak unit ini, ialah membuat salad buah-buahan dan sayur-sayuran. Cikgu harap kamu semua dapat mengamalkan pemakanan yang seimbang. Cikgu gembira apabila kamu semua dapat melihat sendiri apa itu buah salak dan menyentuh kulitnya yang bersisik. Hilfi sempat terkenangkan kulit ular apabila melihat kulit buah itu. Syabas Hilfi kerana mampu membuat perbandingan! Kepada ibu bapa Duratun, Batrisyia, Wardina, Nurjannah, Adib, Danial dan Elly yang telah menyiapkan buah-buahan untuk dikongsi bersama semua pelajar 2Budiman, terima kasih saya ucapkan. Pelajar semua silalah buat salad ini nanti bersama keluarga kamu di rumah!
Salam sayang;
Cikgu Shikin :)
Ini lah buah salak..


Ini dia biji buah salak...

Mari rasa buah salak...










Salad hampir habis...