Setelah 10 minggu, kita akhirkan penggal 1 ini dengan kesyukuran. Saya berasa gembira kerana semua anak-anak didik saya telah beroleh banyak ilmu dan pengalaman dalam pembelajaran bahasa Melayu di Endeavour. Semua pelajar 4Arif dan 2Budiman telah mengikuti pelajaran bahasa Melayu yang seronok dan bermakna. Pelajar 4A telah berjaya mengambil gambar taman sekolah kita dan menggunakan gambar-gambar itu untuk membuat poskad. Kamu juga bertuah kerana terdapat 13 guru pelatih dari NIE yang berkunjung ke kelas kamu!
Pelajaran karangan kita seronok bukan? Guru-guru pelatih yang datang gembira berada di kelas kita. Syabas murid-murid 4Arif! :)
Pelajar 2Budiman juga tidak kurang cemerlangnya! Kamu semua bertuah berpeluang membuat poskad khas untuk ibu bapa kamu! Poskad itu pula dapat kita poskan ke dalam peti pos di luar sekolah kita. Cikgu pasti ibu bapa kamu gembira dan bangga menerima poskad yang telah kamu hasilkan itu! Apa lagi, ini adalah kali pertama kamu mencipta poskad dan mengirimkannya. Bagaimana kalau kita minta ibu bapa kamu mengirimkan kamu sepucuk poskad pula ya? Baiklah pelajar-pelajar cikgu yang disayangi sehingga kita bertemu lagi di lain masa dalam runag siber ini. Di sini cikgu akan naik muatkan gambar-gambar aktiviti bahasa Melayu kelas 4Arif dan 2 Budiman untuk kamu lihat bersama ibu dan bapa kamu.
Salam sayang, C Shikin :))
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment