Tuesday, October 27, 2009

Semoga Berjaya dalam Peperiksaan SA2

Salam sejahtera murid-murid yang cikgu sayangi,
Penggal ini sudah pun tiba ke penghujung.Kamu semua akan menghadapi peperiksaan SA2 mulai Khamis ini hinggalah minggu hadapan. Cikgu harap kamu semua sudah bersedia. Jaga kesihatan dan amalkan makan makanan yang sihat serta pastikan kamu tidur awal!
Jangan lupa buatlah ulang kaji agar kamu senantiasa bersedia melakukan peperiksaan nanti.
Untuk membantu kamu menenangkan fikiran, silalah lungsur lelaman permainan bahasa yang telah cikgu sertakan di sini!

Semoga berjaya dan cikgu senantiasa mendoakan kejayaan kamu semua!

Salam sayang :)
Cikgu Shikin

11 comments:

abu naim said...

Tahniah atas usaha cikgu.

Anonymous said...

alhamdulilah cikgu minta-mintalah.aqilah

Anonymous said...

cikgu shikin ialah baik dan cantik. hahaha!!

Anonymous said...

Kami nak berjaya dalam peperiksaan
SA2
-Dian,Norly,Siti

Anonymous said...

saya suka belajar melayu.: Ashley

Anonymous said...

Cikgu Shikin bila nak buat kuih?Jangan lupa untuk buat kuih.Sekarang dah nak sampai Penggal 4.Cepatlah cikgu tak sabar nak makan.Kalau cepat buat kan dapat makan.pleaseeeeeeeeeeeeeeee!!buat cepat cepat ok promise!

Dari murid mu yang tersayang:Durratun,Jannah dan hilmy. Janjikan!

Anonymous said...

love you khairul sadi

saya nak berjaya dalam peperiksaan
sonia sadi

Malay@EDP said...

Terima kasih kepada Cikgu Abu Naim atas ucapan tahniah. Usaha ini akan dipertingkatkan lagi agar dapat dimanfaat oleh semua.

Malay@EDP said...

Aqilah & Sonia,
Insya allah awak pasti berjaya. Cikgu yakin awak boleh!Aqilah dan Sonia teruskan usaha ok! :)

Tiara,
Cikgu cantik sebab mengajar awak yang selalu tersenyum manis selalu dan comel sekali... :)

Dian, Norly dan Siti
Kamu pasti berjaya! Pastikan kamu semua berusaha gigih dan jangan sekali-kali malas belajar...
:)

Durratun, Hilmy dan Jannah
Cikgu tidak lupa. Kita pasti akan buat kuih yang menyihatkan itu. bolehlah nanti awak buat untuk Hari Raya Haji...;P

Khairul,
Cikgu boleh bayangkan bagaimana Khairul mengeluarkan suara mengucapkan perkataan 'I love you' kepada cikgu. Cikgu harap Khairul jangan takut dan terus cuba bersuara ya!
Cikgu pun sayang Khairul! :))

Anonymous said...

cikgu bila nak buat kuih. cepat ok

cikgu.pleaseeeeeeeeeeeeeeeee!!

khairul dan sonia...

Zalifah 1B said...

Saya nak berjaya dalam peperiksaan dan kami sudah bersedia untuk SA2.