Wednesday, March 31, 2010

Karangan Saya...

Hi murid-murid...
Sila sertakan pembetulan karangan kamu di sini...
Teruskan usaha kamu menulis dengan lebih baik lagi!
;) C Shikin

4 comments:

kellyannkrisel said...

Pada hari rabu yang lalu,Siti sedang mencuci pinggan di dapur selepas dia makan.Tiba-tiba,selepas dia mencuci pinggan kepala paip tercabut.

Siti tidak tahu apa dia harus buat.Dengan cepat dia memberitahu bapanya.Siti keluar dari rumah dan meminta bantuan.Bapanya sedang mencuci kereta.

Mereka cepat-cepat masuk ke dalam rumah untuk melihat dapur.Bapanya terperanjat melihat dapurnya banjir.Bapanya menelefon tukang membaiki paip Kelam-kebut mengawal air agar tidak membanjir ruang tamu.

Tiba-tiba,tukang membaiki paip datang.Dia pun menutup paip besar.Bapa saya mengucap terima kasih kepada tukang membaiki paip.

Rashdan said...

Tujuhan cahaya matahari pagi menampar dada bilik."Aah"kata Siti dengan senyap."Siti turun sarapan sudah siap"kata ayah Siti.Mereka memakan sarapanya.Ayahnya menyuruh Siti mencucui pinggan selepas makan.Dia pun pergi mencuci di dapur.

Siti mencuci semua pinggan,mangku, sudu,garpu yang digunakan.Ayahnya mengambil baldi penuh dengan air.Dia hendak mencuci kereta untuk
pergi ke kerja esok.Tiba-tiba, kepala paip bocor.

Siti berlari dengan cepat mencari ayahnya.Dia memberitahu ayahnya apa
yang terjadi di dapur.Ayah Siti cemas.

Siti membawa ayahnya ke dapur dan menceritakan kejadiann yang berlaku.Dapur telah pun dipenuhi dengan air membanjiri seluruh dapur.

Ayah Siti menelefon tukang membaiki
paip untuk memasang paip di rumahnya.Sepuluh minit kemudian,dia pun sampai.Tukang membaiki paip itu memasang paip di dapur.Ayah Siti membayar tukang membaiki paip itu 10 dolar.Siti berasa lega kerana semuanya sudah selesai.

Shaa said...

Saya suka sambut Deepavali kerana saya bolehpergi rumah saudara saya.Sambutaan Deepavali akan berlaku di rumah orang yang menyambut Deepavali.Pada hari Deepavali keluarga saya harus banggun awal.Ibu dan bapa saya akan letak minyak di kepala saya,kakak dan adik saya.Keluarga saya akan memakai pakaian traditional seperti punjabi suit,lenggar dan sebagainya.


Saudara,kawan dan jiran saya semua akan datang ke rumah saya.Mereka makan kuih-muih dan makan makanan yang dimasak oleh ibu saya.Saya sangat gembira pada hari itu kerana saya akan pergi ke rumah orang dan saya boleh mendapat duit.Tahun ini saya harap saya akan dapat sehingga $200


Kalau saya pergi ke rumah orang,saya akan memberi duit kepada mereke dan mereke pula akan memberi duit kepada saya.Tahun lepas,adalah tahun yang untuk adik saya kerana itu adalah Deepavali yang pertama untuk adik saya kerana itu adalah Deepavali yang pertama untuk nya.Sewaktu Deepavali dia berusia satu bulan


Tahun ini Deepavali akan dirayakan pada hari Jumaat 5 November 2010.Adik saya sangat bertuah kerana tahun ini hari jadi dia dan majlis Deepavali akan di sambut bersama

Malay@EDP said...

Hi murid-murid semua,

Senang hati cikgu melihat pembetulan karangan kamu di sini. Saya harap kita boleh sama-sama mendapat manfaat dari perkongsian karangan seperti ini. Kita boleh menjadikan karangan-karangan ini sebagai panduan untuk kita semua.

Kelly,
Sila lihat pembetulan terhadap beberapa kesilapan kamu di sini yang telah cikgu tandakan dalam ( ):
1) rabu (salah) - Rabu (betul)
2) Bapanya menelefon tukang membaiki paip (.)
3) Kelam-kebut (bapanya) mengawal air agar tidak membanjir(i) ruang tamu.
4)Bapa saya mengucap(kan) terima kasih kepada tukang membaiki paip.


Rashdan,
Sila lihat pembetulan terhadap beberapa kesilapan kamu di sini yang telah cikgu tandakan dalam ( ):

1) mencucui (mencuci)
2) mangku (mangkuk)
3) kejadiann (kejadian)
4) Dapur telah pun dipenuhi dengan air (yang)membanjiri seluruh dapur.

Niroohsha,
Sila lihat pembetulan terhadap beberapa kesilapan kamu di sini yang telah cikgu tandakan dalam ( ):

1) mereke (mereka)

2) Tahun lepas,adalah tahun yang (bertuah) untuk adik saya kerana itu adalah Deepavali yang pertama untuk adik saya.

Semoga yang lain akan menghantar karangan mereka agar kita semua dapat berkongsi.

Terima kasih
;))