Monday, June 29, 2009

Selamat Kembali ke sekolah...

Murid cikgu yang dikasihi,
Selamat kembali ke sekolah! Penggal 3 ini boleh dikatakan singkat dan padat.Kamu tahu kenapa? Kita ada banyak acara penggal ini. Antaranya perayaan Hari belia, Hari Kebangsaan, Lawatan ke Sekolah untuk Ibu Bapa (School Open House)dan tidak lupa pula Hari Guru! Wah, banyak sungguhkan?
Walaupun kita ada banyak aktiviti di sekolah, jangan lupa bahawa kita harus menjaga kesihatan. Menularnya penyakit H1N1 di Singapura telah membuat kita semua peka akan keadaan kesihatan yang melibatkan batuk, selsema dan demam. Cikgu harap kamu semua dapat menjaga kesihatan dengan baik dan elakkan dari berada di tempat yang sesak. Sekiranya sakit, janganlah datang ke sekolah. Duduk rumah dan berehat!
Sehingga di lain waktu salam sayang dari cikgu dan jaga diri baik-baik!
Senyum-senyum selalu!

Salam mesra,
Cikgu Shikin ;)

2 comments:

Anonymous said...

saya suka cikgu shikin kerana cikgu ajar dengan baik...

Anonymous said...

Terima kasih. Cikgu akan terus memperbaiki cara pengajaran cikgu agar saya dapat memberi yang terbaik untuk semua pelajar cikgu yang disayangi... ;)
Kamu juga harus terus berusaha meningkatkan prestasi kamu!

Salam sayang cikgu Shikin