Tuesday, August 4, 2009

NHSB/ML Pelajaran Sastera Pelbagai Budaya 1 P4

Selamat sejahtera murid-murid; Kita telah pun membuat persembahan pepatung 2 minggu lepas. Kali ini kamu dikehendaki menonton semula hasil kerja kamu dan berikan komen mengenai 3 perkara di bawah ini: 1) Apakah pengajaran yang cuba disampaikan melalui cerita ini? 2) Apa pendapat kamu tentang penggunaan bahasa yang digunakan oleh kawan-kawan kamu dalam cerita ini? Berikan cadangan untuk memperbaikinya. 3) Apakah perkara yang ingin kamu ubah dalam cerita ini sekiranya kamu diberikan kesempatan? Nyatakan. Sila berikan komen kamu supaya kita boleh belajar dari kesilapan dan meningkatkan lagi mutu persembahan kita dalam pelajaran Sastera Pelbagai Budaya (SPB)NHSB/ML kita... Senyum-senyum selalu... Skigu Shikin

No comments: