Salam sejahtera murid-murid yang cikgu sayangi,
Penggal ini sudah pun tiba ke penghujung.Kamu semua akan menghadapi peperiksaan SA2 mulai Khamis ini hinggalah minggu hadapan. Cikgu harap kamu semua sudah bersedia. Jaga kesihatan dan amalkan makan makanan yang sihat serta pastikan kamu tidur awal!
Jangan lupa buatlah ulang kaji agar kamu senantiasa bersedia melakukan peperiksaan nanti.
Untuk membantu kamu menenangkan fikiran, silalah lungsur lelaman permainan bahasa yang telah cikgu sertakan di sini!
Semoga berjaya dan cikgu senantiasa mendoakan kejayaan kamu semua!
Salam sayang :)
Cikgu Shikin
Tuesday, October 27, 2009
Tuesday, September 1, 2009
Selamat Berpuasa Bagi Semua Pelajar Muslim
Cikgu berbesar hati melihat ramai dari kamu yang telah terus berpuasa. Walaupun ada pelajaran PE, Fitness Friday juga CCA/CCP kamu telah dapat meneruskan puasa kamu. Syabas!Bagi mereka yang masih mencuba, teruskan usaha kamu.
Selain dari itu TERIMAKASIH kepada semua kad hari guru dan hadiah-hadiah yang kamu semua berikan kepada cikgu. Hadiah yang amat berharga kepada saya ialah kejayaan kamu semua...
Di sini cikgu muat naikkan beberapa gambar aktiviti yang telah kita lakukan pada penggal 3.
Cuti penggal ini saya harap semua pelajar terus melakukan ulangkaji dan jangan leka kerana penggal 4 kita akan menghadapi peperiksaan akhir tahun yang akan menentukan kedudukan kamu pada tahun 2010...
Berikan komen kamu akan apakah rancangan kamu untuk cuti penggal 3 ini...
Salam sayang
Cikgu Shikin
AKTIVITI PENGGAL 3

Tuesday, August 4, 2009
NHSB/ML Pelajaran Sastera Pelbagai Budaya 1 P4
Selamat sejahtera murid-murid; Kita telah pun membuat persembahan pepatung 2 minggu lepas. Kali ini kamu dikehendaki menonton semula hasil kerja kamu dan berikan komen mengenai 3 perkara di bawah ini: 1) Apakah pengajaran yang cuba disampaikan melalui cerita ini? 2) Apa pendapat kamu tentang penggunaan bahasa yang digunakan oleh kawan-kawan kamu dalam cerita ini? Berikan cadangan untuk memperbaikinya. 3) Apakah perkara yang ingin kamu ubah dalam cerita ini sekiranya kamu diberikan kesempatan? Nyatakan. Sila berikan komen kamu supaya kita boleh belajar dari kesilapan dan meningkatkan lagi mutu persembahan kita dalam pelajaran Sastera Pelbagai Budaya (SPB)NHSB/ML kita... Senyum-senyum selalu... Skigu Shikin
Monday, June 29, 2009
Selamat Kembali ke sekolah...
Murid cikgu yang dikasihi,
Selamat kembali ke sekolah! Penggal 3 ini boleh dikatakan singkat dan padat.Kamu tahu kenapa? Kita ada banyak acara penggal ini. Antaranya perayaan Hari belia, Hari Kebangsaan, Lawatan ke Sekolah untuk Ibu Bapa (School Open House)dan tidak lupa pula Hari Guru! Wah, banyak sungguhkan?
Walaupun kita ada banyak aktiviti di sekolah, jangan lupa bahawa kita harus menjaga kesihatan. Menularnya penyakit H1N1 di Singapura telah membuat kita semua peka akan keadaan kesihatan yang melibatkan batuk, selsema dan demam. Cikgu harap kamu semua dapat menjaga kesihatan dengan baik dan elakkan dari berada di tempat yang sesak. Sekiranya sakit, janganlah datang ke sekolah. Duduk rumah dan berehat!
Sehingga di lain waktu salam sayang dari cikgu dan jaga diri baik-baik!
Senyum-senyum selalu!
Salam mesra,
Cikgu Shikin ;)

Thursday, April 23, 2009
Apa pendapat kamu menulis bolg untuk pelajaran bahasa Melayu?
Murid-murid 4Arif,
Ini ialah kali pertama kamu menghantar komen di blog cikgu. Saya ingin tahu apa pendapat kamu tentang manfaat menghantar komen dan'blogging' ini? Terima kasih..

Sunday, March 29, 2009
2Budiman: Pelajaran Makanan Seimbang
Salam sayang pelajar 2Budiman,
Selesai sudah unit 4: Sihatnya Keluargaku. Acara kemuncak unit ini, ialah membuat salad buah-buahan dan sayur-sayuran. Cikgu harap kamu semua dapat mengamalkan pemakanan yang seimbang. Cikgu gembira apabila kamu semua dapat melihat sendiri apa itu buah salak dan menyentuh kulitnya yang bersisik. Hilfi sempat terkenangkan kulit ular apabila melihat kulit buah itu. Syabas Hilfi kerana mampu membuat perbandingan! Kepada ibu bapa Duratun, Batrisyia, Wardina, Nurjannah, Adib, Danial dan Elly yang telah menyiapkan buah-buahan untuk dikongsi bersama semua pelajar 2Budiman, terima kasih saya ucapkan. Pelajar semua silalah buat salad ini nanti bersama keluarga kamu di rumah!
Salam sayang;
Cikgu Shikin :)
Ini lah buah salak..

Ini dia biji buah salak...

Mari rasa buah salak...
Bahan-bahan untuk buat salad...

Mmmm...sedap!

Salad hampir habis...

Sunday, March 22, 2009
Selamat Kembali Ke bilik Arif Budiman untuk Penggal 2
Pelajar yang disayangi,
Esok permulaan penggal 2. Cikgu harap kamu semua akan kembali ke sekolah dengan semangat yang baru dan berkobar-kobar. Harapan cikgu ialah agar kamu lebih yakin dan bersedia untuk memberi tumpuan penuh kepada pengajaran cikgu nanti. Ingat, penggal ini kita akan menduduki SA1. Harap kamu semua memberi sepenuh perhatian! Cikgu senantiasa mendoakan kejayaan kamu semua! Jangan lupa ya, USAHA itu TANGGA KEJAYAAN dan DOA ialah PEMANGKIN KEJAYAAN! Seperti kata pepatah...hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih...jadi apalagi? Gandakan usaha dan perbanyakkan doa!

Thursday, March 19, 2009
Peraduan Sahiba untuk 4Arif pada bulan Mei, awak dah bersedia?
Sunday, March 15, 2009
Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain...
Pelajar 4Arif dan 2Budiman,
Hari ini ialah hari pertama cuti bermula, cikgu harap kamu semua dapat menggunakan masa ini dengan baik sekali. Jangan lupa melungsuri latihan yang telah cikgu siapkan di Portal, latihan ada di muatkan di Student Resource...
Jangan lupa bahawa usaha yang sedikit lama-lama jika kita lakukan dengan tekun akan membuahkan hasil yang membanggakan, seperti...sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain!
Salam sayang;
C Shikin :))

Sunday, March 8, 2009
Akhirnya penggal 1
Setelah 10 minggu, kita akhirkan penggal 1 ini dengan kesyukuran. Saya berasa gembira kerana semua anak-anak didik saya telah beroleh banyak ilmu dan pengalaman dalam pembelajaran bahasa Melayu di Endeavour. Semua pelajar 4Arif dan 2Budiman telah mengikuti pelajaran bahasa Melayu yang seronok dan bermakna. Pelajar 4A telah berjaya mengambil gambar taman sekolah kita dan menggunakan gambar-gambar itu untuk membuat poskad. Kamu juga bertuah kerana terdapat 13 guru pelatih dari NIE yang berkunjung ke kelas kamu!
Pelajaran karangan kita seronok bukan? Guru-guru pelatih yang datang gembira berada di kelas kita. Syabas murid-murid 4Arif! :)
Pelajar 2Budiman juga tidak kurang cemerlangnya! Kamu semua bertuah berpeluang membuat poskad khas untuk ibu bapa kamu! Poskad itu pula dapat kita poskan ke dalam peti pos di luar sekolah kita. Cikgu pasti ibu bapa kamu gembira dan bangga menerima poskad yang telah kamu hasilkan itu! Apa lagi, ini adalah kali pertama kamu mencipta poskad dan mengirimkannya. Bagaimana kalau kita minta ibu bapa kamu mengirimkan kamu sepucuk poskad pula ya? Baiklah pelajar-pelajar cikgu yang disayangi sehingga kita bertemu lagi di lain masa dalam runag siber ini. Di sini cikgu akan naik muatkan gambar-gambar aktiviti bahasa Melayu kelas 4Arif dan 2 Budiman untuk kamu lihat bersama ibu dan bapa kamu.
Salam sayang, C Shikin :))

Subscribe to:
Comments (Atom)